untitled
viviti

Tajuk : Bahagi

Kemahiran : Bahagi Sebarang nombor dengan nombor 2 digit.


Contoh Soalan :    7 084  ÷ 14  

L1 : Anda perlu membina sifir 14 untuk memudahkan proses pembahagian . Sifir yang dibina hendaklah dibina dalam bentuk jadual seperti berikut :

 

L2 : Lengkapkan sifir tersebut dengan menambah angka di baris bawah dengan nombor 14 . Berhati - hati semasa melaksanakan proses penambahan ini. Sebarang kesilapan akan menjejaskan keseluruhan proses pembahagian.

Tulis semula hasiltambah di petak berikutnya . Ulang langkah ini sehingga selesai . Perlu di ingatkan anda hanya perlu membuat pendarab dari 0 hingga 9 sahaja.

Jadual sifir anda sepatutnya kelihatan seperti berikut :

 

 

L3 : Tuliskan soalan dalam bentuk lazim . Lihat contoh dalam rajah berikut :

 

L4 : Perhatikan jadual sifir anda . Lihat baris bawah sahaja (yang dibulatkan) . Cari angka 70 . Bulatkan seperti rajah berikut .

 

 

L5 : Tuliskan kedu dua angka 5 dan 70 di tempat masing-masing . Nombor 5 di atas dan 70 di ruangan bawah seperti dalam rajah berikut :

Perhatikan bahawa nombor 5 itu , ditulis betul-betul di atas angka 0 .!

 

L6 : Laksanakan proses menolak .

Kemudian turunkan angka selanjutnya iaitu 8 . Ingat , hanya SATU nombor sahaja diturunkan pada satu satu masa . INI AMAT PENTING .

 

 

 

L7 : Cari angka 8 di jadual sifir . Jika angka itu tiada , gunakan nombor yang lebih kecil dan hampir .Dalam contoh ini kita gunakan angka 0.

 

 

L8 : Ulang langkah sebelumnya sehingga semua angka telah diturunkan .

 

Hasil bahaginya terletak di atas garis palang tersebut.

Jadi , 7084 ÷ 14 = 506

-SELAMAT MENCUBA-


| Kembali | Latihan |


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com